![]() |
GITAR |
Seperti yang kita tahu,gitar banyak digunakan dalam industri muzik. Malahan generasi sekarang turut membuat atau mencipta lagu dengan hanya memainkan gitar, tanpa sokongan dari alat muzik yang lain. Kebiasaannya, lagu yang dicipta datangnya melalui ilham dan memetik gitar dengan tersendiri nod-nod lagu dapat diciptakan. Secara tidak lansung lagu itu terbentuk . 80% mereka yang lebih dikenali sebagai komposer dan yang membuat lirik lagu mengatakan bahawa kebanyakkan mereka membuat lagu berdasarkan pengalaman , memori dan sebagainya. Yang pasti , disetiap lagu yang dicipta ada kisahnya yang tersurat dan tersirat dan pendengar juga dapat memahami dan menghayati apabila mendengan lagu tersebut.
Selain daripada mencipta lagu, gitar juga banyak digunakan dalam persembahan. Gitar adalah aset utama dalam mana-mana persembahan, terutama sekali dalam persembahan artis. Justeru ,tanah air kita juga memiliki bintang atau artis-artis rock yang memainkan gitar mengikut bidang masing-masing.
Seterusnya, ada juga segelintir remaja atau anak-anak muda turut memainkan gitar dalam basking , di tempat-tempat tertentu. Kebiasaannya, di Jalan Chow Kit pasti ada segelintir remaja ini menyanyi di tengah-tengah orang ramai atau lebih senang dikenali sebagai penghibur jalanan.
Gitar juga turut menyampaikan dan memberi kesan emosi kepada pengguna gitar.Ia bergantung pada jari kita yang memetik tali gitar tersebut, jika nodnya pilihan bermakna ia merupakan nada yang sedih , begitu juga sebaliknya. Dan ada juga yang mengatakan bahawa dengan memainkan gitar boleh menghilangkan stress sekaligus dapat melepaskan masalah melalui gitar yang dipetik oleh pengguna tersebut.
Kesimpulannya, terdapat banyak kegunaan gitar iaitu untuk mencipta lagu dan juga turut digunakan dalan persembahan. Remaja pula benyak menggunakan gitar dalam basking. Gitar juga turut menyampai dan memberi kesan esmosi kepada pengguna gitar. Dari situ kita sudah tahu bahawa gitar terdapat banyak kegunaan selain daripada menggunakannya dalam industri muzik.