Wang? Siapa yang tidak mengenali apa itu wang. Kebanyakan masyarakat itu tahu apa itu wang namun 70% daripadanya tidak tahu cara untuk menguruskan wang dengan betul terutamanya dalam berbelanja. Umum perlu tahu bahawa wang merupakan benda yang penting dalam kehidupan kita justeru merupakan kunci kebahagiaan dalam menguruskan wang dengan bijak. Wang juga digunakan oleh setiap orang baik tua mahupun muda, bak kata pepatah ' tepuk dada tanya selera '.
Hal ini membuktikan bahawa wang mempunyai kuasa yang besar dalam
kehidupan yang terdiri daripada dua faktor yang berbeza iaitu dari segi
kebaikan dan keburukan dalam penggunaan wang. Faktor ini bertujuan, bagi
membezakan kebaikan dan keburukan dalam penggunaan wang yang akan
menentukan kita kelak.
Antara faktor kebaikan yang ingin ditonjolkan dalam penggunaan wang
ialah dapat memenuhi keperluan harian dalam hidup kita. Sebagai contoh
untuk membeli makanan, pakaian, ubat-ubatan dan keperluan yang lain.
Seterusnya ,perlunya wang itu untuk mendapatkan ilmu dengan melanjutkan
pelajaran dimana-mana institusi pengajian sama ada kerajaan ataupun
swasta. Kemudian mereka memperoleh diploma atau ijazah hasil daripada
ilmu yang mereka pelajari. Hal ini memudahkan mereka untuk mendapat
pekerjaan yang baik. Dengan cara ini, mereka dapat membalas balik jasa
orang tua mereka yang telah banyak bersusah-payah untuk memastikan
mereka berjaya. Hal ini menunjukkan bahawa kejayaan akan datang hasil
dari usaha kita.
Selain itu, antara yang penting dalam faktor kebaikan penggunaan wang
ialah dapat menaikkan taraf hidup. Sebagai bukti, dengan wang kita dapat
membeli aset-aset seperti tanah, rumah, emas dan aset-aset lain yang
dapat membantu kita meningkatkan taraf hidup segaligus dapat membantu
dalam keadaan susah terutamanya apabila berlakunya kecemasan atau
kesusahan.
Selain daripada meningkatkan taraf hidup,kebaikan penggunaan wang juga
dapat dilihat dari segi penyimpanan wang. Dalam erti kata lain menyimpan
sebahagian wang di tempat yang selamat seperti di bank atau membuat
ASB. ASB bermaksud Amanah Saham Berhad. Ia dapat membantu kita pada masa
hadapan. Bak kata pepatah ' sediakan payung sebelum hujan '.
Namun begitu, wang juga mempunyai keburukan sekiranya kita salah
menggunakannya. Contohnya membeli barang-barang yang tidak berfaedah.
Barang tersebut dikategorikan dalam bentuk gadjet seperti permainan
video, dan sebagainya. Selain itu menghabiskan wang di pusat
membeli-belah juga merupakan keburukan penggunaan wang. Hal ini berlaku
kerana masyarakat berbelanja melebihi keperluan dan secara tidak
langsung, menyebabkan mereka berhutang dengan pihak tertentu seperti
bank. Perkara ini selalu berlaku kepada pengguna kad kredit disebabkan
oleh sikap boros mereka,
Disamping itu, penyalahgunaan wang juga boleh menyebabkan ekonomi
negara tidak stabil. Hal ini disebabkan wang begitu penting dalam
pembangunan ekonomi sekaligus menaikkan taraf kehidupan rakyat. Sebagai
contoh, perkara yang boleh menyebabkan ekonomi negara merosot ialah
berlakunya pencetakan wang haram oleh golongan yang tidak
bertanggungjawab. Oleh yang demikian, kita perlu mengambil peranan
membantu negara dalam mengenalpasti wang tersebut benar ataupun palsu
dan melaporkan kepada pihak yang berkuasa.
Kesimpulannya, wang sangat penting dalam kehidupan kita. Namun begitu,
kita perlulah bijak dalam menggunakan wang agar menjadi insan dan
berusaha mendapatkan wang secara halal agar mendapat keberkatan didunia
dan diakhirat. Belajarlah untuk hidup bersederhana dan mengambil
inisiatif yang baik dalam menguruskan wang. Selain dapat melahirkan
masyarakat yang bijak serta berhemah dalam menguruskan ekonomi keluarga,
masyarakat dan negara. Akhir kalam, hal ini berkait-rapat dengan
perumpamaan berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian'.

No comments:
Post a Comment