NASIHAT BERJIMAT-CERMAT
Malam hari pergi ke Pekan,
Untuk membeli buah cermai,
Berjimat cermat perlu diamalkan,
Barulah hidup aman dan damai.
NASIHAT ORANG TUA
Pergi ke Perak membeli durian,
Durian dibeli untuk sekalian,
Nasihat orang tua jangan diabaikan,
Agar hidup menjadi aman.
NASIHAT DALAMI ILMU AGAMA
Hormatilah ibu dan bapa,
Hindarilah segala gejala yang tak sihat,
Dalamilah ilmu agama,
Agar selamat dunia akhirat.
NASIHAT JANGAN BERSIKAP JAHAT
Orang berilmu kerana nasihat,
Awan mendung tanda nak hujan,
Jangan kita bersikap jahat,
Agar cerah masa hadapan.
NASIHAT BERDIKARI
Mencari sesuatu di Sungai Petani,
Singgah pula ke Pulau Pinang,
Jika kita belajar berdikari,
Kelak hidup menjadi senang.
No comments:
Post a Comment