Selamat Mungunjungi Blog Ini

Thursday, 16 October 2014

BULETIN


 PANDUAN BIJAK MUDAHKAN DIET ANDA

Bukan mudah untuk memastikan diet berjaya. Sehinggalah ada satu masa, ia membuatkan anda betul-betul kecewa dek gagal dalam berdiet. Jangan mudah menyerah , ada tips yang boleh membantu anda mencapai tujuan tersebut.

1. KOMITMEN 
    
    Jelaskan dan terang. Anda harus membuat komitmen pada diri sendiri .Walaupun nampak berat tetapi tidak bermakna anda boleh tidak boleh melakukannya .Sentiasa ingatkan diri sendiri bahawa usaha ini pasti akan membuahkan hasil.

2. TAMPAL GAMBAR IDAMAN

     Anda boleh menampal gambar atau foto tubuh ideal yang anda inginkan. Kekuantan pada gambar akan menghantar isyarat agar anda sentiasa ingat dengan tujuan sebenar. Malah, dengan meletakan gambar model yang anda kagumi juga boleh memberi motivasi pada anda.

3. PILIH KAWAN

     Pilihlah kawan yang mempunyai pelbagai aktiviti sihat. Contohnya, kawan yang suka bersenam, yoga atau bersukan. Ini kerana, aktiviti yang dilakukan bersama akan lebih menyenangkan. Malah, ia boleh mengalihkan tumpuan anda pada makanan. Namun begitu, ia tidak bermakna anda harus melanggar kebiasaan makan pada waktu tepat .


4. BUAT CATATAN

      Buatlah catatan pekembangan anda atau juga diari foto tentang perubahan bentuk badan anda dari masa ke masa. Dengan melihat perubahan ini, ia boleh membuatkan anda terus berusaha dengan program diet yang anda lakukan.

5. BERFIKIRAN SECARA TERBUKA

     Jangan tertekan kerana ia boleh membuatkan anda merasakan beban dan buat anda lagi stres. Inilah yang boleh menggagalkan diet anda. Akhirnya, apabila stres anda akan makan secara emosional.

6. JANGAN BANDINGKAN

    Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain kerana ia boleh mengalihkan tumpuan anda 
dan menimbulkan tekanan pada diri. Jadi adalah lebih baik anda fokuskan pada program yang anda lakukan .

7. NIKMATI PROSESNYA

    Anda pasti tidak akan gagal dalam diet sekiranya anda menjalani program diet dengan tenang dan menikmati prosesnya. Anggaplah anda sedang membersihkan badan dan pola pemikiran anda. Jika apa yang anda lalui itu betul, ia akan menjadi kebiasaan yang sihat sehinggakan anda tidak hanya fokus pada berat badan tetapi pada kesihatan badan dan fikiran.

8. PANDANG KE DEPAN

    Memikirkan masalah berat badan memang menyakitkan dan pasti ada orang yang mengalami perkara yang sama. Tetapi, anda harus pandang ke depan dengan tujuan yang sebenar. Jadikan masa lalu anda sebagai motivasi, bukannya tekanan.
     
                                                                    



1 comment:

  1. Play Free Slot Machine Games - Play for Free - Casino Sites
    Free Slot 가입 머니 주는 사이트 Machine Games · Money Train 2 · Wild Streak 888스포츠 · Egyptian Gold 먹튀 랭크 · Dragon Spirit · Buffalo Blitz 슬롯 사이트 · Dragon's Gold. 4 · Wild Streak · 트리플 슬롯 Starburst.

    ReplyDelete